Monday, 10 July 2017

Sketsa 1 - Adik Belajar

Antara kawan dengan kawan.

A: Dengar kata adik kau yang belajar kat oversea dah habis belajar?Berapa lama dia belajar?
B: Entah, aku tak kira pulak.
A: Lepas ni dia nak kerja sini ke kerja oversea?
B: Entah, aku tak sempat tanya lagi.

Datang mak A.
Mak A: Eh! Adik kamu dah habis belajar kan? Berapa lama dia belajar?
B: Dah habis belajar, 5 tahun dia belajar.
Mak A: Jadi nanti dia nak kerja sini atau oversea?
B: Dia kata nak kerja sini sebab dah lama kan duduk oversea.

A: (dalam hati)$@&hgfdxj&$jg

Sunday, 18 June 2017

Seharian di Singapura

Melalui Tuas.

Kali ni aku nak cite psl pengalaman ke Singapura. Kita merantau ke negara orang pula ya. Negara maju yg terdekat dengan Malaysia dan hanya jiran kepada Johor Bahru.

Biasanya orang akan masuk melalui Woodlands untuk ke Singapura tapi disebabkan aku nak jalan-jalan jadi aku masuk kat Tuas. Mula-mula, aku naik bas kat Larkin Sentral. Masa tu aku naik bas cw(Causeway Link) je dengan tiket RM 7. Bas ke Tuas ni ada masa-masa tertentu dia jadi kena tengok la nak naik pukul berapa. Bas ni akan melalui Bukit Indah, Nusajaya dan yang sehala dengannya hingga sampai kat Tuas. Tapi kalau lalu sini memang ambil masa la sebab dia agak jauh jadi aku tak suggestkan lalu sini cuma kalau nak ambil pengalaman boleh la.


Sampai kat checkpoint, korang kena turun untuk cek pasport. Tiket bas kena pegang dulu sebab nanti nak guna lagi. Da siap cek, nanti korang akan naik bas cw lagi, tunjuk tiket je kat driver. Tak semestinya naik bas tadi tapi yang penting naik bas cw juga la. Korang akan duduk dalam bas untuk beberapa minit. Pastu, nanti korang kena turun lagi untuk cop pasport & cek barang. Da siap, korang akan naik bas cw lagi melainkan kalau korang nak pergi ke area tuas saja. Kalau nak pergi area tuas, korang boleh terus cari bas yang pergi ke destinasi. Kalau tak, korang akan naik bas cw lagu dan menuju ke stesen bas di Jurong. Tempat ni berdekatan dengan mrt Jurong East jadi mudah la kalau nak bergerak dengan mrt. Selain tu, ada juga shopping mall Jem & Big Box berdekatan sini. Untuk aku, aku jalan-jalan kejap kat sini.

Kemudian, aku naik mrt dari Jurong East ke Orchard Street dengan kos $ 2.20. Berjalan & ambil gambar di Orchard. Da siap bergambar, aku pergi bus stop untuk naik bas ke Bugis Street. Dekat bus stop tu ada je panduan nak naik bas apa untuk ke destinasi mana. Waktu tu, aku naik bas bernombor 7 dengan kos $ 2.40.  Setelah beberapa minit, sampai la di Bugis Street.


Bugis Street memang menjadi kawasan tumpuan pelancong. Kat sini korang akan jumpa banyak souvenir yang cantik dan comel untuk dibawa pulang. Tempat yang sesuai untuk bershopping. Ada juga kaunter currency exchange kalau-kalau korang tak cukup duit dolar.


Selesai shopping, aku pun pergi ke Arab Street untuk makan. Untuk ke Arab Street, korang kena berjalan kaki meredah beberapa bangunan untuk sampai. Jalan sikit ya, nama pun melancong memang banyak berjalan la gayanya. Di Arab Street, mereka menyediakan makanan seperti nasi beriani, murtabak dan makanan bergoreng lain.


Shopping dah, makan pun dah, jadi masa untuk balik. Dari Arab Street, korang kena jalan sikit untuk sampai ke Queen Street. Kat Queen Street ni la korang akan pilih nak naik bas apa untuk balik. Aku pun pilih cw lagi dengan kos $ 3.30.

Lepas tu, korang akan melalui proses yang sama lagi. Kat checkpoint, kena turun cop pasport, naik bas, kemudian turun lagi untuk cek pasport & naik bas lagi. Da naik bas, barulah ke destinasi asal lagi iaitu di Larkin Sentral.

Kalau melalui Woodlands, daripada Larkin, korang akan cuma naik bas saja dengan destinasi terus ke Queen Street tak perlu naik mrt. Kos dianggarkan RM 5.

Tapi kos ini boleh berubah mengikut pertukaran semasa. Kalau masuk dari Woodlands dan keluar lalu Woodlands pula kosnya pasti lebih kurang dari ini. Begitulah perjalanan ke Singapura.