Sunday, 30 September 2018

Jalan-Jalan Di Air Terjun Sg Pandan, Pahang

Kali ni aku nk cite pasal kawasan di negeri Pahang pula. Negeri terbesar di bahagian semenanjung Malaysia. Untuk pengetahuan korang, air terjun ni terletak berdekatan Kuantan. Apa yang ada kat sini? Meh aku cite.


Air terjun ni terletak berdekatan dengan pengkalan TUDM. Untuk masuk ke kawasan air terjun ni, korang akan kena bayar tiket parking dan tiket masuk. Dalam beberapa ringgit macam tu. Tapi ia agak berbaloi sebab kawasan ni bersih dan dijaga.


Dengan airnya yang jernih dan kawasan luas yang memudahkan untuk pengunjung bermandi-manda.



Selain tu, kat sini juga ada jambatan gantung. Pengunjung boleh melewati jambatan gantung ni sambil melihat air terjun. Tempat ni memang amat sesuai untuk meluangkan masa bersama kawan atau keluarga di hujung minggu atau cuti umum. Pengunjung dari luar Pahang juga boleh menjadikan tempat ni sebagai destinasi untuk dilawati ketika mengunjungi Pahang.

Monday, 10 July 2017

Sketsa 1 - Adik Belajar

Antara kawan dengan kawan.

A: Dengar kata adik kau yang belajar kat oversea dah habis belajar?Berapa lama dia belajar?
B: Entah, aku tak kira pulak.
A: Lepas ni dia nak kerja sini ke kerja oversea?
B: Entah, aku tak sempat tanya lagi.

Datang mak A.
Mak A: Eh! Adik kamu dah habis belajar kan? Berapa lama dia belajar?
B: Dah habis belajar, 5 tahun dia belajar.
Mak A: Jadi nanti dia nak kerja sini atau oversea?
B: Dia kata nak kerja sini sebab dah lama kan duduk oversea.

A: (dalam hati)$@&hgfdxj&$jg

Sunday, 18 June 2017

Seharian di Singapura

Melalui Tuas.

Kali ni aku nak cite psl pengalaman ke Singapura. Kita merantau ke negara orang pula ya. Negara maju yg terdekat dengan Malaysia dan hanya jiran kepada Johor Bahru.

Biasanya orang akan masuk melalui Woodlands untuk ke Singapura tapi disebabkan aku nak jalan-jalan jadi aku masuk kat Tuas. Mula-mula, aku naik bas kat Larkin Sentral. Masa tu aku naik bas cw(Causeway Link) je dengan tiket RM 7. Bas ke Tuas ni ada masa-masa tertentu dia jadi kena tengok la nak naik pukul berapa. Bas ni akan melalui Bukit Indah, Nusajaya dan yang sehala dengannya hingga sampai kat Tuas. Tapi kalau lalu sini memang ambil masa la sebab dia agak jauh jadi aku tak suggestkan lalu sini cuma kalau nak ambil pengalaman boleh la.


Sampai kat checkpoint, korang kena turun untuk cek pasport. Tiket bas kena pegang dulu sebab nanti nak guna lagi. Da siap cek, nanti korang akan naik bas cw lagi, tunjuk tiket je kat driver. Tak semestinya naik bas tadi tapi yang penting naik bas cw juga la. Korang akan duduk dalam bas untuk beberapa minit. Pastu, nanti korang kena turun lagi untuk cop pasport & cek barang. Da siap, korang akan naik bas cw lagi melainkan kalau korang nak pergi ke area tuas saja. Kalau nak pergi area tuas, korang boleh terus cari bas yang pergi ke destinasi. Kalau tak, korang akan naik bas cw lagu dan menuju ke stesen bas di Jurong. Tempat ni berdekatan dengan mrt Jurong East jadi mudah la kalau nak bergerak dengan mrt. Selain tu, ada juga shopping mall Jem & Big Box berdekatan sini. Untuk aku, aku jalan-jalan kejap kat sini.

Kemudian, aku naik mrt dari Jurong East ke Orchard Street dengan kos $ 2.20. Berjalan & ambil gambar di Orchard. Da siap bergambar, aku pergi bus stop untuk naik bas ke Bugis Street. Dekat bus stop tu ada je panduan nak naik bas apa untuk ke destinasi mana. Waktu tu, aku naik bas bernombor 7 dengan kos $ 2.40.  Setelah beberapa minit, sampai la di Bugis Street.


Bugis Street memang menjadi kawasan tumpuan pelancong. Kat sini korang akan jumpa banyak souvenir yang cantik dan comel untuk dibawa pulang. Tempat yang sesuai untuk bershopping. Ada juga kaunter currency exchange kalau-kalau korang tak cukup duit dolar.


Selesai shopping, aku pun pergi ke Arab Street untuk makan. Untuk ke Arab Street, korang kena berjalan kaki meredah beberapa bangunan untuk sampai. Jalan sikit ya, nama pun melancong memang banyak berjalan la gayanya. Di Arab Street, mereka menyediakan makanan seperti nasi beriani, murtabak dan makanan bergoreng lain.


Shopping dah, makan pun dah, jadi masa untuk balik. Dari Arab Street, korang kena jalan sikit untuk sampai ke Queen Street. Kat Queen Street ni la korang akan pilih nak naik bas apa untuk balik. Aku pun pilih cw lagi dengan kos $ 3.30.

Lepas tu, korang akan melalui proses yang sama lagi. Kat checkpoint, kena turun cop pasport, naik bas, kemudian turun lagi untuk cek pasport & naik bas lagi. Da naik bas, barulah ke destinasi asal lagi iaitu di Larkin Sentral.

Kalau melalui Woodlands, daripada Larkin, korang akan cuma naik bas saja dengan destinasi terus ke Queen Street tak perlu naik mrt. Kos dianggarkan RM 5.

Tapi kos ini boleh berubah mengikut pertukaran semasa. Kalau masuk dari Woodlands dan keluar lalu Woodlands pula kosnya pasti lebih kurang dari ini. Begitulah perjalanan ke Singapura.

Saturday, 12 November 2016

Jalan-Jalan Di Forest City,Johor

Forest City adalah tempat baru menarik untuk berjalan-jalan atau melancong di Johor. Ia terletak berdekatan area Gelang Patah dan menghadap laut. Apa yang ada kat Forest City? Meh aku cerita pasal tempat ni.


Tempat ni memang sesuai untuk beriadah atau bawa anak-anak berjalan-jalan. Mengikut namanya Forest City, kawasan ni dibina bertemakan kehijauan alam semula jadi.

Macam yang ada dalam gambar, suasana sekeliling bertemakan hijau semulajadi. Korang akan nampak kehijauan di sekeliling bila korang jalan di sana.

Gambar yang ni pula ialah suasana kat tepi laut di Forest City. Dengan rumput dan pasirnya yang cantik.

Antara game yang ada kat sini. Nampak menyeronokkan untuk bermain. Selain tu, ada game ATV, banana boat, jetski dan beberapa game lain yang menarik.

Ini pula adalah mall yang ada di Forest City. Juga bertemakan kehijauan alam. Korang masih akan nampak kehijauan walau di dalam bangunan.
Apa tunggu lagi, datang la ke Forest City untuk menyaksikannya sendiri.

Saturday, 29 October 2016

Jalan-jalan Ke Air Terjun Di Bekok, Johor

Kali ni aku nak cakap pasal air terjun di Bekok atau dikenali dengan Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok.


Air tejun ni terletak di kawasan Segamat. Kalau korang dah kebetulan ada kat Segamat dan tengah fikir-fikir nak pergi mana atau nak lepak mana, boleh la datang sini. Sesuai untuk luangkan masa dengan kawan atau keluarga.


Ni laluan masuk untuk ke air terjun. Kawasan ni agak berbukit sikit.





Ni pula antara air yang mengalir di air terjun kat Sungai Bantang. Nak pergi kawasan air terjun tak sempat pula, ni aje yang dapat explore. Hee..

Sunday, 18 September 2016

Jalan-Jalan Di Taman Merdeka Johor Bahru

Apa yang ada kat taman merdeka? Taman merdeka ni terletak kat johor bahru. Berdekatan dengan rtm dan taman nong chik. Tempat ni memang sesuai untuk korang buat aktiviti riadah. Meh aku cite pasal taman merdeka ni.


Kat sini memang sesuai untuk berjoging. Korang boleh berpusing mengelilingi tasik sambil berjalan atau berlari-lari anak. Sambil-sambil tu boleh juga la tengok air tasik yang tenang tu. Biasanya tempat ni ramai orang masa pagi dan petang. Tempat ni pun sesuai sangat untuk bawa anak-anak kecil untuk beriadah.



Pada hari minggu, dorang ada buat senaman aerobik. Kalau korang nak senam aerobik, boleh la join sebab dorang pun memang ada ketua yang mengetuai gerakan senaman aerobik ni. Korang cuma ikut je.




Waktu malam hari, taman merdeka ni diserikan dengan air pancut berirama. Korang boleh lihat air pancut ni beralun meliuk-lintuk mengikut gerakan irama muzik yang dimainkan. Tetapi, cuma hari tertentu saja air pancut ni dimainkan. Waktunya juga telah ditetapkan.

Ada yang datang di malam hari ni untuk lepak dan tengok air pancut berirama. Ada juga yang datang untuk bermain roller blade. Jemput la datang. Hee..

Sunday, 21 August 2016

Duniawi

Tengok kiri dan kanan,apa yg kt nampak. Orang2 yg sibuk dengan hal keduniaan, mengejar harta duniawi. Benda yg selalu dikejar dan akan terus dikejar. Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Sentiasa rasa tak cukup dengan apa yang ada malah inginkan lebih lagi. Kehendak yg melebihi kemampuan, umpama hidup seperti robot. Melakukan perkara yang sama berulang kali. Rutin yg sama dan benda yg sama bentuk dan rupanya. Mewujudkan rasa bosan yg berpanjangan dan teramat sangat. Apa yg dilakukan untuk memenuhi keperluan dan bukan kehendak. Apa kehendak kt yg sebenarnya. Mengharapkan benda yg dilakukan dapat membantu kt mencapai kehendak. Tapi tercapaikah kehendak itu. Atau masih berada di awang-awangan. Tergapai-gapai untuk mencapainya. Mampukah kt mencapainya, dapatkah kt mencapainya atau ia hanya mimpi saja.