Sunday, 18 September 2016

Jalan-Jalan Di Taman Merdeka Johor Bahru

Apa yang ada kat taman merdeka? Taman merdeka ni terletak kat johor bahru. Berdekatan dengan rtm dan taman nong chik. Tempat ni memang sesuai untuk korang buat aktiviti riadah. Meh aku cite pasal taman merdeka ni.


Kat sini memang sesuai untuk berjoging. Korang boleh berpusing mengelilingi tasik sambil berjalan atau berlari-lari anak. Sambil-sambil tu boleh juga la tengok air tasik yang tenang tu. Biasanya tempat ni ramai orang masa pagi dan petang. Tempat ni pun sesuai sangat untuk bawa anak-anak kecil untuk beriadah.



Pada hari minggu, dorang ada buat senaman aerobik. Kalau korang nak senam aerobik, boleh la join sebab dorang pun memang ada ketua yang mengetuai gerakan senaman aerobik ni. Korang cuma ikut je.




Waktu malam hari, taman merdeka ni diserikan dengan air pancut berirama. Korang boleh lihat air pancut ni beralun meliuk-lintuk mengikut gerakan irama muzik yang dimainkan. Tetapi, cuma hari tertentu saja air pancut ni dimainkan. Waktunya juga telah ditetapkan.

Ada yang datang di malam hari ni untuk lepak dan tengok air pancut berirama. Ada juga yang datang untuk bermain roller blade. Jemput la datang. Hee..

No comments:

Post a Comment