Saturday, 12 November 2016

Jalan-Jalan Di Forest City,Johor

Forest City adalah tempat baru menarik untuk berjalan-jalan atau melancong di Johor. Ia terletak berdekatan area Gelang Patah dan menghadap laut. Apa yang ada kat Forest City? Meh aku cerita pasal tempat ni.


Tempat ni memang sesuai untuk beriadah atau bawa anak-anak berjalan-jalan. Mengikut namanya Forest City, kawasan ni dibina bertemakan kehijauan alam semula jadi.

Macam yang ada dalam gambar, suasana sekeliling bertemakan hijau semulajadi. Korang akan nampak kehijauan di sekeliling bila korang jalan di sana.

Gambar yang ni pula ialah suasana kat tepi laut di Forest City. Dengan rumput dan pasirnya yang cantik.

Antara game yang ada kat sini. Nampak menyeronokkan untuk bermain. Selain tu, ada game ATV, banana boat, jetski dan beberapa game lain yang menarik.

Ini pula adalah mall yang ada di Forest City. Juga bertemakan kehijauan alam. Korang masih akan nampak kehijauan walau di dalam bangunan.
Apa tunggu lagi, datang la ke Forest City untuk menyaksikannya sendiri.

Saturday, 29 October 2016

Jalan-jalan Ke Air Terjun Di Bekok, Johor

Kali ni aku nak cakap pasal air terjun di Bekok atau dikenali dengan Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok.


Air tejun ni terletak di kawasan Segamat. Kalau korang dah kebetulan ada kat Segamat dan tengah fikir-fikir nak pergi mana atau nak lepak mana, boleh la datang sini. Sesuai untuk luangkan masa dengan kawan atau keluarga.


Ni laluan masuk untuk ke air terjun. Kawasan ni agak berbukit sikit.





Ni pula antara air yang mengalir di air terjun kat Sungai Bantang. Nak pergi kawasan air terjun tak sempat pula, ni aje yang dapat explore. Hee..

Sunday, 18 September 2016

Jalan-Jalan Di Taman Merdeka Johor Bahru

Apa yang ada kat taman merdeka? Taman merdeka ni terletak kat johor bahru. Berdekatan dengan rtm dan taman nong chik. Tempat ni memang sesuai untuk korang buat aktiviti riadah. Meh aku cite pasal taman merdeka ni.


Kat sini memang sesuai untuk berjoging. Korang boleh berpusing mengelilingi tasik sambil berjalan atau berlari-lari anak. Sambil-sambil tu boleh juga la tengok air tasik yang tenang tu. Biasanya tempat ni ramai orang masa pagi dan petang. Tempat ni pun sesuai sangat untuk bawa anak-anak kecil untuk beriadah.



Pada hari minggu, dorang ada buat senaman aerobik. Kalau korang nak senam aerobik, boleh la join sebab dorang pun memang ada ketua yang mengetuai gerakan senaman aerobik ni. Korang cuma ikut je.




Waktu malam hari, taman merdeka ni diserikan dengan air pancut berirama. Korang boleh lihat air pancut ni beralun meliuk-lintuk mengikut gerakan irama muzik yang dimainkan. Tetapi, cuma hari tertentu saja air pancut ni dimainkan. Waktunya juga telah ditetapkan.

Ada yang datang di malam hari ni untuk lepak dan tengok air pancut berirama. Ada juga yang datang untuk bermain roller blade. Jemput la datang. Hee..

Sunday, 21 August 2016

Duniawi

Tengok kiri dan kanan,apa yg kt nampak. Orang2 yg sibuk dengan hal keduniaan, mengejar harta duniawi. Benda yg selalu dikejar dan akan terus dikejar. Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Sentiasa rasa tak cukup dengan apa yang ada malah inginkan lebih lagi. Kehendak yg melebihi kemampuan, umpama hidup seperti robot. Melakukan perkara yang sama berulang kali. Rutin yg sama dan benda yg sama bentuk dan rupanya. Mewujudkan rasa bosan yg berpanjangan dan teramat sangat. Apa yg dilakukan untuk memenuhi keperluan dan bukan kehendak. Apa kehendak kt yg sebenarnya. Mengharapkan benda yg dilakukan dapat membantu kt mencapai kehendak. Tapi tercapaikah kehendak itu. Atau masih berada di awang-awangan. Tergapai-gapai untuk mencapainya. Mampukah kt mencapainya, dapatkah kt mencapainya atau ia hanya mimpi saja.